Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said kelmarin menyelar segelintir kakitangan kerajaan negeri yang menjadi ‘duri dalam daging’ dan tidak pernah berterima kasih serta bersyukur di atas apa yang dilakukan kerajaan.
Katanya, kakitangan kerajaan terbabit sepatutnya perlu berusaha keras membantu kerajaan melaksanakan semua agenda pembangunan yang dirancang dan bukannya bertindak ‘menikam’ kerajaan dari belakang dan menghasut rakyat.
“Sepatutnya mereka dapat memberikan khidmat yang terbaik bagi membantu rakyat menyelesaikan setiap masalah yang ada sekali dapat menguatkan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan,” katanya.
Beliau menyatakan perkara itu ketika merasmikan Pejabat Jurutera Daerah, Jabatan Kerja Raya (JKR) Dungun di Dungun Sabtu (12 Mac 2011).
Ahmad Said menegaskan, perbuatan segelintir kakitangan kerajaan bertindak mensabotaj agenda pembangunan yang dirancang kerajaan, selain sering tidak berpuas hati serta menjadi ‘gunting dalam lipatan’, adalah wajar mereka meletak jawatan.
Sementara itu ketika berucap pada Majlis Program Sehari Bersama YAB Menteri Besar Dewan Undangan Negeri (DUN) Sura, di Dewan Majlis Daerah Dungun, pula beliau berkata rakyat hari ini sudah pandai membuat keputusan sama ada untuk memilih parti yang boleh membawa perubahan kepada kehidupan mereka atau sebaliknya.
“Ini sudah terbukti apabila Barisan Nasional (BN) memperoleh kemenangan besar dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau dan DUN Kerdau baru ini-ini,” kata Menteri Besar.
Katanya, senario itu juga membuktikan keyakinan tinggi rakyat terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.
“Saya percaya BN Terengganu akan memperoleh kemenangan besar dalam Pilihan Raya Umum (PRU 13) akan datang.
“Pelbagai bantuan sudah diagihkan kepada rakyat termasuk bantuan pendidikan, kebajikan dan sebagainya. InsyaAllah, rakyat akan bijak memilih,” katanya ketika Menurutnya, rakyat sudah beri percubaan kepada PAS pada 1999, tapi malangnya parti itu tidak mampu melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.
“Umno sentiasa bersedia berjuang untuk mempertahankan hak rakyat, tetapi Pas hanya untuk kepentingan diri sendiri selain untuk memperoleh kemenangan pilihan raya.
“Kekuatan Umno hari ini adalah hasil sokongan dan bantuan kerajaan pusat yang sentiasa prihatin mengenai apa jua masalah,” katanya.
Katanya, sebelum lahir lagi, seseorang insan itu sudah mendapat bantuan daripada kerajaan termasuk penjagaan rapi dari Klinik Desa atau Klinik Kesihatan berhampiran kediaman masing-masing.
“Jika ada mana-mana individu mendakwa tidak pernah mendapat bantuan, ia adalah satu perbohongan besar,” katanya.
Menurutnya, pembangunan untuk rakyat akan diteruskan semata-mata untuk keselesaan dan menjana ekonomi Terengganu.
No comments:
Post a Comment