Wednesday, March 30, 2011

Kencana Peroleh Kontrak RM216 Juta Daripada Petrofac


Kencana Petroleum Bhd mengumumkan bahawa syarikat milik penuhnya Kencana HL Sdn Bhd (KHL), memperoleh kontrak bernilai RM216 juta daripada Petrofac (Malaysia-PM304) Ltd (Petrofac), bagi kejuruteraan, pemerolehan dan pembinaan (EPC) pelantar telaga bagi lapangan minyak Cendor.

Dalam kenyataannya kepada Bursa Malaysia, syarikat itu berkata KHL akan melaksanakan EPC dua unit pelantar telaga bagi Projek Pembangunan Fasa 2 Cendor, terletak di luar pantai Terengganu.

Ia berkata kontrak pembinaan sekali itu dijangka siap dalam suku kedua 2012.

Sementara itu, kontrak tersebut dijangka memberi sumbangan positif kepada pendapatan dan aset bersih sesaham Kencana Petroleum Group bagi tahun-tahun kewangan yang berakhir pada 31 Julai, 2011 dan 2012.

No comments:

Post a Comment