Wednesday, March 30, 2011

UniSZA Anjur Syarahan Akademik Mengenai Perbezaan Pendapat Mahzab

Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) akan menganjurkan Syarahan Akademik Fakulti Pengajian Kontemporari Islam (FKI) kepada umum, esok (Khamis).

Syarahan Akademik yang bertajuk 'Harmonizing Juristic Disagreement Towards the Unity of Ummah' (Mengharmonikan Perbezaan Pendapat Mazhab ke Arah Penyatuan Ummah) akan disampaikan Pengarah Yayasan Islam Kanada, Dr Yusuf Muhyiddin Riq El-Bakhur Al-Hasani.

Dr Yusuf Muhyiddin juga merupakan anggota Majlis Ulama Syria dan Penasihat Kehormat Komuniti Muslim di Amerika Utara serta Ahli Jawatankuasa Majlis Fatwa Lubnan.

Ketua Jabatan Syariah FKI, Tengku Fatimah Muliana Tengku Muda berkata syarahan akademik itu antara lain bertujuan memberi pendedahan kepada peserta tentang keanjalan Islam dalam mendepani kekeliruan yang timbul dari percanggahan pendapat di kalangan ulama dan mazhab.

Syarahan yang dijangka dihadiri dianggarkan 570 peserta itu akan diadakan di Dewan al-Muktafi Billah Shah, kampus Gong Badak, di Kuala Terengganu bermula pukul 10 pagi.

"Golongan profesional khususnya ahli akademik, wakil jabatan, badan atau institusi kerajaan dan swasta, pelajar serta masyarakat awam dialu-alukan menyertai syarahan akademik yang diadakan secara percuma itu," katanya.

No comments:

Post a Comment