Monday, March 28, 2011

Kerja Ubahsuai Dewan Undangan Negeri Terengganu Siap Akhir Bulan Ini

Kerja-kerja pengubahsuaian tempat persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu yang sedang dilaksanakan kini dijangka siap akhir bulan ini. Speaker DUN Negeri Terengganu Datuk Tengku Putera Tengku Awang berkata, pengubahsuaian itu dikira perlu bagi memberi keselesaan kepada anggota dewan terutama di tempat duduk pegawai-pegawai kerajaan di bahagian belakang. "Dewan itu sudah berusia 30 tahun dan sampai masanya ia perlu beri sedikit keselesaan kepada ahli yang semakin bertambah," katanya ketika ditemui selepas merasmikan mesyuarat agung Majlis Bekas-bekas Wakil Rakyat (Mubarak) negeri Terengganu di Kuala Terengganu kelamrin. Turut hadir pada majlis itu Presiden Mubarak Terengganu Datuk Ahmad Sidi Ismail dan Pemangku Presiden Mubarak Malaysia Datuk Seri Abdul Aziz Abdul Rahman. Tengku Putera berkata, kerja-kerja pengubahsuaian itu dimulakan Januari lepas, melibatkan peruntukan lebih RM2 juta. Katanya, pesidangan DUN Terengganu akan datang ialah pada 9 Mei depan.

No comments:

Post a Comment