Monday, March 28, 2011

10 Komputer Uuntuk 18 RAMD Kem Seri Pantai

Mohd . Nasir Ibrahim Fikri beramah mesra dengan anggota 18 Rejimen Askar Melayu Diraja di Kuala Terengganu, semalam.


Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Mohd. Nasir Ibrahim Fikri menyumbangkan 10 buah komputer dan empat mesin pencetak kepada 18 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Kem Seri Pantai, Seberang Takir, semalam.

Mohd. Nasir memberitahu, sumbangan bernilai hampir RM20,000 itu sebagai keperluan tambahan kepada warga tentera untuk dimanfaatkan dalam menjalankan tugas seharian.

"Dengan sumbangan ini diharapkan dapat membantu hasrat kerajaan dalam meningkatkan pengetahuan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi tanpa mengira latar belakang," katanya.

Beliau menyatakannya pada satu majlis ramah mesra bersama komuniti kem itu di Kuala Terengganu. Hadir menerima sumbangan itu ialah Pegawai Memerintah 18 RAMD, kem berkenaan, Leftenan Kolonel Nasharuddin Mohamad.

No comments:

Post a Comment