Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) akan menganjurkan Festival Kenyir selama lima hari dengan menyediakan pelbagai acara menarik bermula 8 April ini dalam usaha menarik lebih ramai pengunjung ke kawasan tasik buatan manusia yang terbesar di Asia itu.
Festival itu dijangka dihadiri oleh 20,000 pengunjung dan akan dirasmikan oleh Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said.
Pengurus Besar Ketengah Hamzah Ngah berkata festival yang diadakan sempena ulang tahun ke-38 Ketengah itu juga diadakan sebagai langkah awal untuk mempersiapkan Tasik Kenyir sebagai kawasan bebas cukai tahun depan.
"Festival yang diadakan dengan kerjasama kerajaan negeri serta Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu bertujuan mempromosikan lagi Tasik Kenyir dengan pengenalan produk-produk baru.
"Ia termasuk program Island Hopping melibatkan pulau-pulau yang dibangunkan dengan Taman Rama-rama, Taman Herba, Taman Orkid, Taman Burung dan Taman Buah-buahan Tropika," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Beliau berkata antara acara menarik yang akan diadakan sepanjang festival itu termasuk pertandingan perahu naga, pertandingan Muay Thai, kejohanan jet ski, International Kenyir Lake Triathlon, pertandingan bot kawalan jauh, pertandingan motosikal dan kereta klasik, dan pertandingan ayam serama.
Katanya krew produksi dan pelakon siri kartun terkenal Upin dan Ipin juga akan diundang untuk memeriahkan festival itu bagi menarik pengunjung kanak-kanak selain pertandingan mewarna.
"Sebanyak 70 gerai pameran juga disediakan kepada pengunjung yang akan disertai oleh usahawan-usahawan Industri Kecil dan Sederhana, agensi kerajaan dan swasta," katanya.

No comments:
Post a Comment