Thursday, March 17, 2011

20 Pelajar, Termasuk Dari Terengganu Dibuang Sekolah Tanpa Amaran?

Benarkah berita ini?

Apakah sekolah sewenang-wenangnya membuang sekolah 20 pelajarnya pada Khamis (10 Mac 2011) lepas tanpa memberi notis amaran dan peluang membuat rayuan.

Pelajar-pelajar terbabit dikenakan tindakan itu dipercayai sebagai hukuman kerana mengasari seorang pelajar tingkatan empat pada 25 Feb lepas di surau sekolah itu.

Ibu bapa kepada 20 pelajar tingkatan lima sebuah sekolah di Bukit Kayu Hitam dikatakan kesal dengan tindakan pengetuanya dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru yang mereka dakwa membuang sekolah pelajar-pelajar itu pada 10 Mac lepas tanpa memberi notis amaran dan peluang membuat rayuan.

Pelajar-pelajar terbabit dikenakan tindakan itu dipercayai sebagai hukuman kerana mengasari seorang pelajar tingkatan empat pada 25 Feb lepas di surau sekolah itu.

Jasmi Mohd Noor, 44, bapa seorang daripada pelajar itu, berkata beliau sedar perbuatan kumpulan pelajar terbabit adalah salah dan pihak sekolah berhak mengambil tindakan disiplin terhadap mereka, namun hukuman buang sekolah adalah keterlaluan.

"Saya kesal dengan tindakan pengetua dan PIBG yang mengambil tindakan buang sekolah, sepatutnya mereka dikenakan hukuman rotan dahulu sebelum mengambil tindakan yang lebih berat," katanya kepada pemberita di sekolah itu di sini Rabu.

Ibu bapa kepada 20 pelajar terbabit telah bersemuka dengan pengetua di sekolah itu pada 8 pagi tadi bagi berbincang mengenai tindakan terhadap anak mereka namun kecewa kerana pengetua berkenaan berkeras tidak mahu mengubah pendiriannya.

Jasmi, seorang bekas guru, berkata ibu bapa pelajar terkejut mendapat tahu mengenai tindakan terhadap anak masing-masing menerusi surat bertarikh 10 Mac yang mereka terima pada 13 Mac.

"Sebelum ini, selepas tiga hari dari tarikh kejadian anak-anak kami diminta keluar dari asrama sekolah itu serta merta tanpa diberi peluang untuk membela diri.

"Ada pelajar yang tinggal di luar Kedah iaitu Terengganu dan Selangor tidak tahu arah tuju setelah diarah keluar sebelum pukul 6.45 petang. Mujurlah mereka tinggal di rumah rakan terdekat sebelum pulang ke rumah masing-masing," katanya.

Seorang lagi bapa, Shukri Ali, 42, berkata beliau bimbang kerana pelajar-pelajar itu akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia tahun ini.

"Ada tujuh bulan lagi mereka nak duduki SPM. Perkara yang berlaku kepada anak saya itu membuatkan anak saya murung dan tidak semangat," katanya.

Jabatan Pelajaran Kedah tidak dapat dihubungi untuk ulasan.

Kenyataan segera jabatan berkenaan amat diperlukan untuk menjawab dan menjernihkan keadaan, apalagi jumlah pelajar yang dibuang itu suatu jumlah yang besar.

2 comments:

  1. Pelajar2 ini yg telah berlagak samseng mengikut ajaran sesat parti2 pembangkang haruslah sedar yg mereka akan menduduki SPM tak lama lagi!
    Berani buat beranilah tanggung!
    Jangan jadi macam al-juburi meliwat berani, tetapi mahu lari dari hukuman!
    Di sini Kerajaan Malaysia dan Kementerian Pelajaran janganlah beri muka kepada pesalah2 ini supaya menjadi tauladan kpd pelajar2 lain yg teringin sangat utk membuli orang.

    ReplyDelete
  2. Setiap pelajar bukankah telah megetahui undang-undang sekolah di dalam "Buku Peraturan Sekolah". Sebagai ibu bapa haruslah peka dengan perkara begini. Ibu bapa haruslah memantau kelakuan anak-anak mereka.Sikap membuli bukannya hari ini terjadi malah sudah banyak perkara terjadi sebelum ini.Pihak sekolah tidak boleh disalahkan seratus-peratus kerana anak-anak sekarang tidak boleh ditegur atau dinasihati.Justeru itu,ibu bapa haruslah memainkan peranan membantu anan-anak masing-masing.

    ReplyDelete