Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said melawat tiga mangsa kebakaran bot di Hospital Besar Jerteh pada petang ini dan menghulurkan bantuan peribadi kepada mangsa bagi meringankan beban mangsa.
Kebakaran bot yang berlaku kelmarin (13 Mac) kira-kira 10.30 pagi melibatkan 3 mangsa yang megalami kecederaan ringan dua dari mangsa trauma dan seorang melecur di bahagian tangan, manakala 33 mangsa yang lain di tempatkan Kluang Beach Resort dalam keadaan selamat.
Dalam lawatan tersebut beliau menemui dan bertanyakan seorang mangsa, Jaafar bin Aman yang masih dalam keadaaan trauma.
Jaafar memberitahu bot mula bertolak pada pukul 10 pagi, selepas lima minit bot bergerak, satu kepulan asap kecil keluar dari belakang bot menyebabkan penumpang mulai cemas dan 20 minit kemudian api yang mula marak ,menyebabkan semua penumpang diarahkan oleh pemandu ke bahagian hadapan sebelum mereka terpaksa terjun ke dalam laut menggunakan jaket keselamatan dan bergantung kepada tali yang disediakan.
Selepas 15 minit kemudian, penumpang diselamatkan oleh bot nelayan yang dihubungi oleh pihak ‘boatman’ melalui telefon bimbit.
Semua mangsa yang selamat di tempatkan di Kluang Beach Resort di uruskan sepenuh oleh Kementerian Pelancongan Negeri Terengganu dan mangsa yang berada di hospital juga semakin pulih dari trauma kejadian.
No comments:
Post a Comment