Tuesday, March 29, 2011

Sidang DUN Terengganu 5 Mei

Pesidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu akan datang ialah pada 9 Mei depan.

Berikutan itu,kerja-kerja pengubahsuaian tempat persidangan Dewan Undangan Neger(DUN) Terengganu yang sedang dilaksanakan kini dijangka siap akhir bulan ini. Kerja-kerja pengubahsuaian itu dimulakan Januari lepas, melibatkan peruntukan lebih RM2 juta.

Speaker DUN Negeri Terengganu Datuk Tengku Putera Tengku Awang berkata, pengubahsuaian itu dikira perlu bagi memberi keselesaan kepada anggota dewan terutama di tempat duduk pegawai-pegawai kerajaan di bahagian belakang.

"Dewan itu sudah berusia 30 tahun dan sampai masanya ia perlu beri sedikit keselesaan kepada ahli yang semakin bertambah," katanya ketika ditemui selepas merasmikan mesyuarat agung Majlis Bekas-bekas Wakil Rakyat (Mubarak) negeri Terengganu di Kuala Terengganu, kelmarin.

Turut hadir pada majlis itu Presiden Mubarak Terengganu Datuk Ahmad Sidi Ismail dan Pemangku Presiden Mubarak Malaysia Datuk Seri Abdul Aziz Abdul Rahman.

No comments:

Post a Comment