
Beliau berkata trend itu berubah sejak tahun lepas kerana lebih ramai orang memilih untuk menghabiskan cuti di dalam negara.
"Destinasi popular antaranya Langkawi, Terengganu dan Pulau Pinang. Kami menyasarkan peningkatan kira-kira 46 peratus tahun ini. Selain harga, kemunculan semula wabak H1N1 mungkin mencetuskan minat mereka terhadap pelancongan domestik) kita," katanya pada sidang akhbar bersama Kumpulan EON Bank di Kuala Lumpur, kelmarin.

Beliau berkata jumlah pengunjung ke pesta dan pameran 'MATTA Fair' yang berlangsung selama tiga hari mulai 11 Mac ini, dijangka tidak terjejas walaupun terdapat spekulasi bahawa harga pakej pelancongan akan meningkat berikutan tunjuk perasaan antikerajaan di Timur Tengah.
"Orang suka melancong dan kami tidak rasa krisis tersebut menjejaskan pelancongan. Kami akui harga minyak dunia semakin meningkat disebabkan krisis Libya, dan kita (Malaysia) belum lagi (naikkan harga minyak).
"Tetapi sekiranya naik, harga pakej akan bergantung kepada harga semasa dan kenaikan harga itu bukanlah disebabkan oleh Matta, tetapi syarikat penerbangan yang terpaksa menaikkan harga, disebabkan kenaikan harga minyak," katanya.
Tan berkata mereka menjangkakan kehadiran lebih 80,000 pengunjung ke pameran MATTA Fair di Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur.
No comments:
Post a Comment