Sunday, March 6, 2011

Setpol MB - Rakyat Perlu Celik Politik

Kesedaran politik tidak akan datang dengan sendiri, tetapi ia perlu diusahakan dengan perancangan dan pelaksanaan strategik, bagi melahirkan masyarakat, khususnya golongan Melayu yang `celik politik’.

Setiausaha Politik Kepada Menteri Besar, Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid, berkata di alaf baru ini memperlihatkan perkembangan politik di Malaysia semakin tidak menentu yang sebelum ini pernah didominasikan kaum Melayu sepenuhnya.

Bagaimanapun, katanya, kemelut politik yang melanda sekarang ini telah memberi kelebihan kepada kaum lain di mana bumi Melayu yang dipijak bukan lagi didominasi kaum Melayu sendiri sama ada dalam bidang ekonomi mahu pun politik.

“Daripada segi ekonomi misalnya, kaum Melayu masih lagi bertatih berbanding bangsa lain, selain masih tertumpu di kawasan pedalaman sehingga mengakibatkan terpinggir daripada arus permodenan.

“Melihatkan senario ini, kita sebagai orang Melayu harus berwaspada untuk terus kekal, sesuai dengan status peribumi asal,” katanya ketika berucap merasmikan Seminar Pemantapan Kepimpinan Pegawai Kerajaan dan Pemimpin Masyarakat, di Perpustakaan Daerah Marang, baru-baru ini.

Beliau berkata,sewajarnya tuntutan politik orang Melayu lebih tertumpu kepada soal ekonomi dan kebajikan.

http://mohfas7.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment