Tuesday, March 29, 2011

Terengganu Buka Kawasan Penanaman Padi Baru Di Marang

Menteri Besar pada sidang media selepas majlis penyerahan e-Book kepada 623 murid dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Payong, di Marang, semalam.

Terengganu akan membuka kawasan tanaman padi yang baru bagi menampung keperluan beras negeri itu pada masa depan. Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata kerajaan telah mengenalpasti kawasan seluas 480 hektar di Pengkalan Berangan, di Marang untuk diusahakan dengan tanaman padi.

"Kita akan menyediakan infrastruktur untuk tanaman padi di Pengkalan Berangan dan kita harap Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dapat menyediakan anggaran peruntukan yang diperlukan untuk projek itu," katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyerahan e-Book kepada 623 murid Tahun Lima di tujuh sekolah dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Payong, di Marang, semalam.

Ahmad Said berkata kawasan tanaman padi di Marang itu dijangka mengeluarkan hasil pada 2013 dan ia mampu menampung 100 peratus keperluan beras negeri ini.

No comments:

Post a Comment