Thursday, April 14, 2011

Hadi Gembira Jadi Wira Pasukan Terengganu


Oleh: Shahrir Hamid

Terengganu memanfaatkan peluang yang terhidang semasa menentang pasukan berstatus kelab, T-Team apabila bekas penyerang Kuala Lumpur, Abdul Hadi Yahya menjadi senjata peledak pasukan Terengganu.

Ayam tambatan Terengganu itu sudah berhasil menjaringkan enam gol setakat ini dan berkongsi jumlah jaringan gol bersama rakan sepasukan yang juga penyerang kebangsaan, Ashaari Samsuddin.

"Saya orang paling gembira dalam skuad Terengganu kerana dapat membantu pasukan menewaskan T-Team dan memberi mata kemenangan berharga,"katanya.

Abdul Hadi berkata, jaringan gol itu dia dapat membantu pasukannya mencapai kemenangan tipis ke atas T-Team 1-0 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, malam semalam.

"Saya sedikit pun tidak menduga dapat menjaringkan gol kerana sering dikawal ketat barisan pertahanan lawan yang terdiri pemain berpengalaman seperti Nor Fazly Alias, Azizi Matt Rose, Subri Sulong dan Rosdi Talib pada separuh masa pertama,"katanya.

Abdul Hadi berkata, dia bernasib baik dalam masa dua minit permainan bersambung babak kedua, mendapat umpanan dari rakan terus mengelicik dua pertahanan lawan, sebelum menewaskan Syamsuri Mustaffa untuk gol kemenangan.

Jurulatih Terengganu, Irfan Bakti kelihatan gembira kerana hajat untuk mengutip mata penuh tercapai ketika menentang T-Team.

Beliau mengucap taniah kepada Abdul Hadi kerana bijak mengunakan peluang terbaik menjaringkan gol dan membolehkan Terengganu mengutip mata penuh.

Irfan Bakti berkata,beberapa peluang diperolehi barisan serangannya pada babak pertama tetapi setiap percubaan tersasar dan dapat diselamatkan penjaga gol lawan. Beliau berkata, dengan kemenangan itu membolehkan skuad dibawah bimbingannya mengumpul 18 mata dan kekal ditangga keempat.

No comments:

Post a Comment