
Beliau akan merasmikan majlis penutup program Pandu Puteri Turun Padang yang akan diadakan di Padang Astaka, Seberang Pintasan, Dungun pada hari berkenaan.
Ketua Pesuruhjaya, Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) Cawangan Terengganu, Puan Zaini Mohd Nor (gambar kiri)berkata, program turun padang yang dilaksanakan ini merupakan
“Dalam majlis berkenaan, Datin Seri Rosmah akan menyampaikan Anugerah Keluarga Nelayan Contoh yang dipilih dari tiga buah kampung sekitar Bandar Dungun iaitu, Kampung Seberang Pintasan, Balik Bukit dan Teluk Bidara,” katanya.
“Seramai 20 orang pelajar cemerlang dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), Siji Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dari tiga kampung berkenaan turut menerima penghargaan di majlis itu,” katanya kepada Teganukita.
Sehubungan itu PPPM negeri juga akan membuat penyerahkan 150 tabung kutipan mangsa gempa bumi di Jepun yang diedarkan ke sekolah-sekolah dan tempat awam pada penghujung Mac lalu kepada Datin Seri Rosmah pada majlis berkenaan.
Menurut Puan Zaini, program turun padang yang diadakan sejak sebulan lalu mengadakan pelbagai aktiviti mendekati masyarakat antaranya mengadakan kelas tusyen kepada calun UPSR dan PMR, seminar kekeluargaan, pertandingan memasak, bengkel buat kek dan jahitan manik.
Unit Komunikasi Negeri
No comments:
Post a Comment