Sunday, April 24, 2011

Karnival Bank Rakyat di Terengganu 27-28 Mei

Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat) mensasarkan seramai 400,000 orang akan mengunjungi karnivalnya yang akan diadakan sepanjang tahun ini.

Ketua Hal Ehwal Awamnya Saliman Zainal berkata bermula semalam di Melaka, karnival itu akan mengembara ke empat lagi tempat iaitu Kuala Terengganu, Terengganu pada 27 dan 28 Mei, Sungai Petani, Kedah (24 dan 25 Jun), Ipoh, Perak (29 dan 30 Oktober) dan Dataran Merdeka, Kuala Lumpur (3 dan 4 Disember).

"Ini tahun keempat kita anjurkan karnival ini," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian karnival itu oleh Pengarah Urusan bank Datuk Kamaruzaman Che Mat (gambar kiri) di Dataran Pahlawan, Melaka semalam.


Beliau berkata karnival itu mendapat sambutan menggalakkan setiap tahun yang mana lebih 300,000 orang mengunjunginya pada tahun lepas, berbanding kira-kira 250,000 pada 2009 dan sekitar 150,000 pada 2008.

Katanya karnival itu juga memberikan kesempatan kepada Bank Rakyat menjalankan tanggungjawab sosial kepada masyarakat, dan pada hari ini bank itu menyampaikan sumbangan zakat berjumlah RM18,900 kepada lima buah sekolah di Melaka dan bayaran zakat berjumlah RM35,000 kepada Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan.

Selain itu, karnival tersebut juga memberi peluang kepada bank membantu usahawan setempat dengan mengadakan program padanan perniagaan dan menyediakan sebanyak 60 gerai untuk usahawan pada karnival di Melaka.

Pada majlis itu juga, Bank Rakyat menyampaikan pembiayaan berjumlah RM345,500 untuk empat skim pembiayaan perniagaan kepada enam usahawan yang berpotensi di Melaka.

"Karnival ini juga memberi peluang kepada kita memasarkan produk Bank Rakyat terutamanya akaun simpanan. Pada karnival yang lalu kita menerima 100 permohonan setiap lokasi untuk membuka akaun simpanan biasa," katanya.

Beliau berkata pada karnival yang lalu juga akaun simpanan kanak-kanak iaitu Akaun Nuri mendapat sambuatan yang menggalakkan apabila mendapat antara 200 dan 300 permohonan di setiap lokasi.

Katanya tahun lepas Bank Rakyat telah memperolehi pengtiktirafan atas pencapaian cemerlang dalam perbankan Islam antaranya Anugerah Koperasi Cemerlang (Kluster Besar) juga tempat pertama dalam 100 Koperasi Terbaik Malaysia, Anugerah Kecemerlangan Peniagaan Beretika oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

"Menurut laporan The Asian Banker 500 edisi 2010-2011, Bank Rakyat berada pada tempat pertama di negara ini bagi bank Islam terbesar, pulangan atas aset dan kos atas pendapatan. Bank Rakyat juga berada di tempat keempat bagi bank Islam terkukuh di dunia," katanya.

No comments:

Post a Comment