Kompleks Sukan Tengku Muhammad Ismail, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) bernilai RM26 juta akan menjadi pencetus kepada kecemerlangan sukan serta melonjakkan bidang itu di persada dunia.
Naib Canselor UMT, Prof Dr Aziz Deraman, berkata penghasilan atlet yang unggul banyak dipengaruhi kemudahan fasiliti sukan serta memenuhi standard kebangsaan yang ditetapkan dan setiap kemudahan dimanfaatkan dengan optimum oleh para atlet.
"Segala kemudahan yang disediakan adalah khusus untuk kesejahteraan rakyat dan membantu dalam membudayakan sukan sabagai satu teras dalam kehidupan harian,” katanya ketika berucap di majlis Pemansyuran Kompleks Sukan Tengku Muhammad Ismail, petang Ahad lalu.
Kompleks Sukan Tengku Muhammad Ismail telah dimasyurkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja, Tengku Muhammad Ismail Ibni Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin.
Turut mengiringi keberangkatan baginda, Ahli Majlis Perwakilan Pemangku Raja, Yang Teramat Mulia Tengku Sri Bendahara Raja dan Tengku Sri Laksamana Raja.
Hadir sama Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said dan isteri To’ Puan Seri Norliza Mahmud; Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu, Dato’ Tengku Putera Tengku Awang; Setiausaha Kerajaan, Dato’ Mazlan Ngah dan Pengerusi Lembaga Pengarah UMT. Tan Sri Dr. Zaharudin Idrus.
Sehubungan itu, pengabadian nama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja pada kompleks sukan tersebut bakal mencetus semangat baru di kalangan mahasiswa, kakitangan UMT dan juga masyarakat setempat.
Kompleks Sukan Tengku Muhammad Ismail juga bakal menjadi tumpuan mengumpul atlet tempatan dan seluruh negara apabila UMT menjadi tuan rumah pada Kejohanan Sukan Badan-badan Berkanun Peringkat Kebangsaan Mei depan.
Pemasyuran itu juga akan membuka lembaran baru kepada kakitangan Pusat Sukan dan Rekreasi untuk lebih berdaya saing demi mencapai visi dan misi universiti dalam melahirkan modal insan berpengetahuan, bersahsiah mulia serta menyumbang untuk kebaikan ummah seluruhnya.
Prof Dr Aziz berkata, kompleks sukan ini merupakan sebuah makmal pengajaran sahsiah pelajar terbesar di UMT dengan kemudahan dewan tertutup, lima gelanggang badminton, squash (dua), pusat gimnasium dan pejabat pentadbiran Pusat Sukan dan Rekreasi.
“Kompleks ini juga mempunyai padang bola sepak, trek balapan olahraga sintetik, kolam renang bersaiz standard Olimpik dan kolam terjunan,” katanya.
Kemudahan lain disediakan di situ ialah sebuah astaka yang boleh memuatkan penonton dengan kapasiti 1,000 tempat duduk , bilik persalinan dan padang permainan seperti gelanggang tenis, bola keranjang, bola tampar, sepak takraw, bola jarring dan padang lawn bowl sintetik.
Katanya, projek pertama di kompleks ini adalah penganjuran Kejohanan Sukan Persatuan Badan-badan Berkanun (Sukanun) Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan pada 7 hingga 14 Mei depan.
“Saya harap kemudahan ini dapat dimanfaatkan oleh semua pihak UMT dan juga komuniti setempat dengan perancangan aktiviti sukan yang berterusan,” katanya.
Unit Komunikasi Negeri

No comments:
Post a Comment