Stesen di Pahang itu bakal menghasilkan kuasa elektrik sebanyak 372

Naib Presiden (Penjanaan) TNB, Datuk Mohd Nazri Shahruddin,berkata selain itu, loji janakuasa terbaru TNB bernilai RM5 bilion yang bakal dibina di Teluk Rubiah di Lumut akan beroperasi sepenuhnya menggunakan teknologi mesra alam terkini.
Beliau berkata, loji itu yang menggunakan teknologi dari Perancis dan China berkonsepkan "Ultra Pemanas Lampau" merupakan yang julung kalinya digunakan di Asia Tenggara.
Beliau berkata teknologi berkenaan terbukti dapat mengurangkan lepasan karbon monoksida ke udara serta mampu mengawal sulfat dioksida dengan cekap.
"Justeru itu, kami memberi jaminan kepada orang ramai khasnya kepada penduduk sekitar, stesen terbaru milik TNB itu tidak menjejaskan alam sekitar serta bebas pencemaran sama seperti stesen yang sedang beroperasi sekarang ini," katanya kepada pemberita selepas program 'Janamanjung Fellowship Ride (JMFR)' di Lumput semalam.
Loji janakuasa elektrik berkenaan akan dibina bersebelahan Stesen Janakuasa Sultan Azlan Shah (SJSAS).
Mohd Nazri berkata stesen baru itu juga akan menggunakan arang batu sebagai bahan api penjanaan dan bakal mengeluarkan kuasa elektrik sebanyak 1,000 megawatt.
"Jika semua kerja berjalan mengikut jadual, stesen itu dijangka mula beroperasi pada 31 Mac 2015," katanya.
No comments:
Post a Comment