Mohd. Shahrul Mat Amin (kanan) mendahului pelumba lain untuk muncul juara acara elit lelaki Grand Prix Kebangsaan 2011 Sirkit Melaka di Bukit Katil, kelmarin.
Pelumba Terengganu Cycling Team (TSG), Mohd. Shahrul Mat Amin membuktikan dia harus terus dihormati apabila melakukan kejutan mengetepikan beberapa pelumba pilihan untuk muncul juara acara elit lelaki pada Grand Prix Kebangsaan 2011 Sirkit Melaka (GP Melaka) di Bukit Katil sejauh 156 kilometer, semalam.
Mohd. Shahrul bertindak berani melakukan pemecahan secara bersendirian pada 40 kilometer terakhir sebelum saling bekerjasama dengan pelumba Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Mohd. Zamri Salleh pada 5km terakhir untuk menang dengan rakaman masa 4 jam 00 minit 55.281 saat purata kelajuan 38.851 kilometer sejam.
Menurut pelumba TSG itu, dia terpaksa menggunakan kudrat yang ada untuk melakukan henjutan ke garisan penama mengatasi Mohd. Zamri yang merupakan pemecut yang handal sehingga memaksanya melakukan perjudian lebih awal meningkatkan kelajuan.
"Saya demam ketika berkayuh pada GP Kuala Lumpur bulan lalu. Saya datang ke Melaka dengan keadaan yang baik dan mahu menang. Saya gembira kerana impian untuk menang tercapai akhirnya," katanya.
Mohd. Shahrul mengetepikan Mohd Zamri dengan kelebihan 2.389s manakala pelumba serba boleh, Mohamad Aim Mohamad Fauzi menduduki tempat dengan catatan masa 4:04:25.516s.
GP Melaka turut menyaksikan penampilan semula jaguh kebangsaan, Mohd. Fauzan Ahmad Lufti tetapi dia sekadar menduduki tempat ke-8 di belakang Akmal Amrun, NgYong Li dan Anuar Manan.
Kategori elit wanita menyaksikan berlaku sedikit kejutan apabila Jupha Somnet, pemenang enam medal di Kejohanan Berbasikal Asia 2011 (ACC 2011) di Korat, Nakhon Ratchasima menewaskan tiga pelumba berpengalaman untuk muncul juara.
Dengan catatan masa serupa 3:18:58s, Jupha berjaya menangkis asakan Mariana Mohamad yang menduduki tempat kedua diekori Masyizaton Mohd Radzi (ketiga) dan Nurul Ahmar Badeuzzaman.
"Saya baru pertama kali menyertai kategori elit wanita. Sebelum ini saya berkayuh dalam kategori remaja. Jadi saya berasa sangat gembira kerana menang pada penampilan pertama dalam kategori elit wanita.
"Strategi saya cukup mudah. Saya tahu perlumbaan akan habis pada selekoh yang agak tajam. Jadi saya lebih awal mengambil selekoh dan terus memecut ke garisan penamat. Akhirnya saya menang," kata pelumba kelahiran Perlis itu.
Sofian Nabil Omar Mohd Bakri terus membuktikan kehebatan apabila muncul juara kategori remaja lelaki untuk kali ketiga berturut-turut dengan catatan masa 2:42:54.005s.
Pelumba pelapis kebangsaan itu sebelum ini menduduki tempat pertama pada GP Kelantan dan GP Kuala Lumpur.
Tempat kedua semalam diduduki oleh Mohd. Al Azani Zainal (2:42:54.050s) manakala Hamdan Hamidun tempat ketiga (2:42:54. 151s).

Utusan Malaysia
No comments:
Post a Comment