Ketua Pegawai Eksekutif/Setiausaha Maidam Wan Harujan Sulaim
an berkata buat permulaan seramai Maidan akan menaja pengajian tiga penuntut selama empat tahun dengan kos keseluruhan kira-kira RM500,000."Tiga pelajar terpilih akan dihantar melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan sakit puan di universiti di Jordan," katanya selepas meyampaikan cek RM500,000 kepada guru-guru Tasmiq di Asrama Yayasan Terengganu di Kampug Lak Lok, dekat Jerteh, semalam.
Beliau berkata langkah yang julung kali dilakukan Maidam itu sebagai usaha melahirkan lebih ramai pakar sakit puan di kalangan wanita tempatan.
"Maidam telah mengadakan temuduga untuk memilih calon sesuai dari kalangan pelajar yang mempunyai kelulusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru-baru ini selain mampu menghafaz al-Quran," katanya.
Beliau berkata senarai calon yang dipilih akan diumum dalam masa terdekat.
No comments:
Post a Comment