
Timbalan Ketua Polis Daerah Besut yang juga Ketua Operasi Menyelamat, DSP Noor Zainy Mohd Noor berkata mayat Muhammad Safawi Mat Hussin, 14, pelajar tingkatan dua, SMK Megabang Telipot, Kuala Terengganu itu berjaya dikeluarkan kira-kira pukul 6.45 petang semalam.
“Kita berjaya mengeluarkan mayat mangsa menerusi satu lubang bawah kawasan air terjun itu dengan menggunakan tali dan tangga,” katanya semalam.
Katanya operasi mengeluarkan mayat mangsa mengambil masa yang agak lama berikutan mayatnya tersangkut pada sebatang kayu di celah batu dalam satu lubang laluan air yang sempit dan dipenuhi air.
Dalam kejadian Jumaat lepas, Muhammad Safawi, dibawa arus ke lubang air itu ketika berkelah bersama tujuh anggota keluarganya di kawasan berkenaan kira-kira pukul 11.00 pagi.
No comments:
Post a Comment