
Kontrak itu ditandatangani antara para pehawai MHS dan Petronas Carigali Sdn Bhd, ExxonMobil Exploration and Production Malaysia Inc dan Newfield Peninsular Malaysia Inc.
"Kontrak 10 tahun itu, bermula 1 April 2011 hingga 31 Mac 2021, dengan opsyen melanjutkannya sehingga 31 Mac, 2026," kata Ketua Pegawai Eksekutif MHS Ir Ma'som Mahadi.
MHS akan menawarkan perkhidmatan ke lebih 100 pelantar luar pesisir melalui Lapangan terbang Kerteh Terengganu, kata Ma'som.
Mengulas mengenai pemeteraian itu, beliau berkata: "menerusi pengalaman lebih 20 tahun, kami yakin dapat menyediakan perkhidmatan berkualiti kepada pelanggan."
Menerusi tambahan lima pesawat baharu Eurocopter EC225 dalam kumpulan pesawat syarikat, syarikat itu mampu memenuhi keperluan pelanggan menggunakan kemudahan dan peralatan teknologi terkini.
No comments:
Post a Comment