Tuesday, April 26, 2011

Nelayan Vietnam Ditahan Pungut Gamat Di Taman Laut Yu Kecil

Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM) menahan 15 nelayan Vietnam yang menggunakan bot tempatan menceroboh ke kawasan perairan Taman Laut Pulau Yu Kecil, Pulau Redang, dekat Kuala Terengganu Khamis lepas.

Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Pelesenan JTLM, Abd Rahim Gor Yaman berkata nelayan itu ditahan semasa sedang memungut gamat kira-kira 0.27 batu nautika dari Pulau Yu Kecil, Pulau Redang.

Dalam satu kenyataan semalam, beliau berkata perbuatan mereka itu merupakan kesalahan di bawah Seksyen 43 (1)(b) Akta Perikanan 1985 dan Seksyen 8 (b) Akta Perikanan iaitu melanggar syarat lesen.

Menurutnya kawasan Taman Laut adalah zon larangan bagi sebarang aktiviti menangkap ikan menurut peruntukan di bawah Akta Perikanan 1985 (Pindaan 1994), jika sabit kesalahan, pesalah boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

No comments:

Post a Comment