Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman, berkata lokasi yang mencatatkan bilangan pengunjung tertinggi Minggu Saham Amanah Malaysia Ke-12 (MSAM 2011) ialah Kuala Terengganu, Terengganu.
Seramai 255,000 orang mengunjungi MSAM 2011 di Kuala Terengganu sementara di Kepala Batas, Kedah menyaksikan kunjungan 250,000 orang.
MSAM merupakan usaha kemasyarakatan PNB untuk mendidik orang ramai tentang pelaburan dan menggalakkan mereka mengambil bahagian dengan cergas dalam industri amanah saham negara.
Sementara itu, beliau berkata warga Perak harus mengambil peluang untuk mengunjungi MSAM 2011 pada hari terakhirnya hari ini untuk mendapatkan kefahaman tentang strategi kewangan dan pelaburan.
Pameran yang berlangsung di Kompleks Sukan Majlis Bandaraya di Ipoh akan ditutup dengan rasminya oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada pukul 5.00 petang ini.
MSAM 2011 dianjurkan oleh Permodalan Nasional Bhd (PNB).
"Orang ramai masih berpeluang mengunjungi pameran ini. Hingga semalam, ia telah menarik hampir 150,000 pelawat, dan dengan demikian mencapai sasaran awal."
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada MSAM 2011 di Ipoh, semalam.
MSAM diadakan di semua negeri, kecuali Sabah dan Perlis dan mencatatkan sejumlah dua juta pelawat.
No comments:
Post a Comment