Thursday, April 28, 2011

Pantun Datuk Lan Untuk Menteri Besar

Demikian dua rangkap pantun Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah ditujukan khas kepada YAB Menteri Besar pagi semalam.

Pantun itu diungkapkan dalam kata aluan “Seulas Pinang’ buku ‘3 Tahun Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Negeri Terengganu’ yang dilancarkan Menteri Besar di Wisma Darul Iman, pagi semalam.


Menurut Mazlan, dalam tempoh tiga tahun pentadbirannya, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, berjaya membawa perkhidmatan awam negeri ini ke landasan gagasan “Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan”.

Beliau berkata, Menteri Besar menjadi inspirasi kepada semua penjawat awam untuk meningkatkan pengetahuan, berintergriti, inovasi, kompentesi dan akauntabiliti serta bertindak proaktif dan fleksibel mengikut tuntutan perubahan persekitaran, kehendak majoriti rakyat dan hala tuju Rancangan Pembangunan Lima Tahun Negeri Terengganu.

“Perkhidmatan awam negeri perlu meningkatkan usaha dan menjadi pemudahcara kepada aktiviti sektor swasta.

“Untuk berbuat demikian, kita tiada pilihan kecuali meningkatkan pengetahuan dan kemahiran di samping mengubah persepsi dan sikap agar bersifat terbuka, berinisiatif untuk melakukan perubahan,” ujar beliau.

Beliau berkata, dalam pelaksanaan agenda pentadbiran dan pembangunan negeri, kita perlu menerokai, mengharungi dan melaksanakan perubahan secara drastik selaras dengan tuntutan semasa dan ekspektasi rakyat.


Unit Komunikasi Negeri

No comments:

Post a Comment