Thursday, April 28, 2011

MB Tinjau Lokasi Pemimpin Turun Padang Untuk PM

Antara tarikan yang disediakan untuk lawatan Perdana Menteri di DUN Manir - kerusi bulat diperbuat daripada buluh. - Gambar Harith Fadzillah.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said mengetuai rombongan jawatankuasa persiapan dan penyelarasan lawatan Program Turun Padang (PTP) Perdana Menteri membuat lawatan ke setiap lokasi yang akan dilawati oleh pemimpin nombor satu negara Sabtu ini.

Sebelum itu beliau mempengerusikan mesyuarat berkaitan di Wisma Darul Iman bersama-sama Yang Di Pertua Dewan Undangan Negeri, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Ketua-ketua jabatan terbabit dan badan-badan bukan kerajaan.

Menteri Besar mahu memastikan lawatan PTP Perdana Menteri ke Terengganu beberapa hari lagi berjalan dengan lancar dan berkesan untuk kebaikan rakyat.

"Segala persiapan terbaik telah dibuat dan saya telah beberapa kali turun ke lokasi lawatan termasuk petang ini,"katanya.

Dalam lawatan itu beliau amat menekankan soal kebersihan dan kekemasan suasana di sepanjang tempat yang akan menjadi lokasi lawatan Perdana Menteri.
Unit Komunikasi Negeri

No comments:

Post a Comment