Penduduk Terengganu khususnya di beberapa daerah yang bakal dikunjungi Datuk Seri Najib Tun Razak berasa teruja menunggu kedatangan beliau.
Perdana Menteri akan mengadakan lawatan sehari ke Terengganu pada Ahad ini dalam Program Turun Padang Bersama Rakyat.
Beberapa lokasi akan dikunjunginya untuk bertemu rakyat dalam rangka lawatan seharinya itu antaranya Pasar Batu Enam, Kampung Pengkalan Arang dan Pulau Duyong di Kuala Terengganu serta Kampung Bahagia di Manir.
Bagi peniaga di Pasar Batu Enam, lawatan itu amat istimewa kerana ayahanda Najib, Allahyarham Tun Abdul Razak pernah berkunjung ke kawasan itu pada tahun 1966 ketika menjadi Perdana Menteri kedua.
Yahya Tahir, 64, seorang pemborong keropok di Pasar Batu Enam, adalah antara orang yang menyambut kedatangan Tun Abdul Razak.
"Dulu saya sambut kedatangan ayah, sekarang nak sambut kedatangan anaknya pula, lebih istimewa bila dua-duanya Perdana Menteri. Kita harap ada pengumuman istimewa untuk orang di sini," katanya.
Yahya berkata beliau berharap kehadiran Najib akan membawa lebih banyak pembangunan ke kawasan yang terletak 10 kilometer dari pusat bandar Kuala Terengganu.
Peniaga kuih muih, Zah Awang, 56, berkata beliau teringin melihat Perdana Menteri dari dekat.
Selain melawat pasar berkenaan, Perdana Menteri akan menziarahi rumah beberapa penduduk di Kampung Pengkalan Arang selain melawat tapak pasar Bukit Tunggal, sebelum menghadiri jamuan rakyat berkonsep tradisional di Kampung Pulau Bahagia.
Perdana Menteri juga dijadual merasmikan Perumahan Pangsapuri Rakyat di Pulau Duyung, sebelum mengadakan pertemuan dengan rakan online pada sebelah petang dan akan bertemu rakyat di Dataran Shahbandar di sini yang dijangka dihadiri 20,000 orang.
Sementara itu, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu, Datuk Tengku Putera Tengku Awang memberitahu Najib akan menghadiri Jamuan Rakyat kira-kira jam 8.00 malam pada 30 April ini di Taman Shah Bandar Kuala Terengganu.
Ia adalah kemuncuk bagai lawatan Program Turun Padang (PTP) oleh Perdana Menteri kerana jamuan itu dijangka membabitkan 20,000 termasuk semua golongan dan kaum.
Katanya, keseluruhan acara PTP selama sehari itu adalah berkisar kepada pertemuan dan bermesra dengan rakyat.
“Perdana Menteri sudah pesan, tiada protokol untuk rakyat berjumpanya kerana beliau mahu melihat sendiri suasana hidup rakyat,” katanya yang juga Setiausaha Badan Perhubungan Umno Terengganu.
Dato’ Tengku berkata, segala persiapan telah diatur bagi memastikan lawatan PTP oleh mencapai matlamat ke arah 1 Malaysia dan membawa rakyat dan negara ini ke arah tranformasi dalam segala kehidupan baik ekonomi
Program turun padang Perdana Menteri ke Terengganu adalah yang ketiga selepas beliau melawat Johor dan Sarawak sebelum ini.
No comments:
Post a Comment