Perdana Menteri meneliti sesuatu yang ditunjukkan Menteri Besar sebaik ketibaan di Kuala Terengganu, malam semalam. - Gambar Harith FadzillahPerdana Menteri, Datuk Sri Mohd Najib Tun Razak dan ist
eri, Datin Seri Paduka Rosmah Mansor, selamat tiba dengan pesawat eksekutif di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu, kira-kira jam 9.50 malam ini.
Ketibaan beliau disambut Menteri Besar, Datuk Seri Haji Ahmad Said dan isteri, To’ Puan Norliza Mahmud serta Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.
Turut hadir menyambut ketibaan Perdana Menteri, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Haji
Mazlan Ngah; Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Datuk Tengku Putera Tengku Awang; Ahli-Ahli Parlimen dan wakil-wakil rakyat tempatan.
Perdana Menteri terus menuju ke Riyaz Heritage Pulau Duyong untuk menghadiri perjumpaan tertutup dengan Ahli-Ahli Parlimen dan wakil-wakil rakyat negeri ini.
Beliau akan memulakan lawatan kerja ke Terengganu, pagi esok dengan destinasi pertama Pekan Batu Enam dan beberapa kawasan di Dewan Undangan Negeri Bukit Tunggal.
No comments:
Post a Comment