Pasukan 'Red Giants' itu kini mengumpul 33 mata dengan perbezaan satu mata di hadapan Terengganu selepas 16 perlawanan.
Selangor mempamerkan rentak agresif pada babak pertama terlebih dahulu mengambil giliran mendahului menerusi Safiq Rahim pada minit ke-43.
Hantaran Amri Yahyah berjaya memperdayakan pertahanan Terengganu yang menyangka Safiq berada pada kedudukan ofsaid, sebelum kapten Harimau Malaya itu melepaskan rembatan yang mudah menewaskan Sharbinee Allawee.
Bermula babak kedua, skuad kendalian Irfan Bakti memperkemaskan jentera serangan dan hasilnya pada minit ke-62, gol penyamaan yang dicari-cari akhirnya menjelma.
Gol berpunca daripada hantaran silang Joseph Kalang Tie yang disudahkan oleh Ismail Faruqi menerusi satu tandukan menarik yang menewaskan penjaga gol pelawat, Mohd. Saiful Amar Sudar.
Walaupun diasak bertubi-tubi oleh Terengganu pada 20 minit terakhir perlawanan, Selangor menarik nafas lega kerana barisan hadapan Terengganu banyak mensia-siakan peluang mendapatkan gol kemenangan.
Namun, kedudukan Selangor selaku pendahulu mungkin sementara jika Kelantan berjaya mencipta kemenangan ke atas Kuala Lumpur di Stadium Sultan Mohammed IV hari ini.
Dalam satu lagi perlawanan Liga Super, Kedah menewaskan Perak 3-1 di Stadium Perak, Ipoh.
Tiga gol skuad bimbingan Wan Jamak Wan Hassan dijaringkan oleh Mohd Khyril Muhaimin pada minit ke-30, Mohd Firdaus Mohd Faudzi (minit ke-75), dan satu gol menerusi jaringan sendiri pemain Perak, Mohd Syazwan Roslan (minit ke-83), manakala gol saguhati Perak pula disumbangkan oleh Mohamad Noor Hazrul pada minit ke-90.
Sementara itu, dalam saingan Liga Perdana malam ini, Selangor PKNS terus mengutip tiga mata penuh apabila berjaya menewaskan SDM Navy 6-0 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.
Selangor PKNS kini terus menjadi pendahulu liga dengan mengumpul 36 mata selepas 14 perlawanan.
Di Stadium Negeri, Kuching, pasukan tuan rumah membelasah MP Muar 6-0.
Kemenangan itu membolehkan Sarawak terus berada di kedudukan kedua carta liga dengan kutipan 29 mata selepas 14 perlawanan.
Gol-gol Sarawak dijaringkan Oleh Zamri Morshidi pada minit ke-7, Bobby Ganzales (minit ke-40 dan ke-68), Ashri ChuChu (minit ke-46 dan ke-74) dan Mohd Shahrol Saperi (minit ke-67).
Di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang, USM FC menewaskan Pulau Pinang 5-2.
Lima gol pasukan USM FC dijaringkan oleh Muhammad Afzan Zainal Abidin pada minit ke-20, jaringan hatrick Mohd Failee Mohamad Ghazali minit ke-30, ke-32 dan 52, dan Mohd Hazrul Shah Mohd Abdul Hakim di minit ke-69.
Gol Pulau Pinang pula disumbangkan oleh Arsyah Mohd Ayob (minit ke-71) dan Khairul Azri Jamal Haziq (minit ke-85).
Di Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos, Johor Bharu, Johor seri tanpa jaringan kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Di Stadium Majlis Pembandaran Selayang, Sime Darby tewaskan Pos Malaysia 2-0.

Utusan Malaysia/Bernama
No comments:
Post a Comment