Friday, April 29, 2011

RM4.2 Juta Baiki Jalan di Dungun

Menteri Besar meninjau beberapa tempat di Dungun sempena lawatan kerja ke daerah itu diiringi Datuk Za'baar Mohd Adib kelmarin.

Kerajaan negeri meluluskan peruntukan RM4.2 juta bagi projek membaiki dan memperbesarkan jalan di beberapa kawasan di daerah Dungun untuk keselesaan pengguna jalan raya.

Selain itu, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said turut mengumumkan peruntukan RM500,000 bagi setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di daerah ini bagi membaiki jalan di kawasan masing-masing.



Selain itu, peruntukan berjumlah RM10 juta daripada Kerajaan Pusat disediakan bagi projek menggali Sungai Dungun dalam usaha mencegah hakisan pantai, khususnya Pantai Teluk Lipat.

“Kerajaan negeri akan tambah peruntukan RM1.5 juta bagi projek yang sama,” katanya pada siding media sempena lawatan kerja ke daerah Dungun hari ini.

Projek lain yang turut diumumkan pembinaan oleh Menteri Besar ialah Pasar Paka yang bernilai RM7 juta dan Taman Rekreasi di Universiti Teknologi Malaysia cawangan Dungun yang belum ditentukan kosnya.

Unit Komunikasi Negeri

No comments:

Post a Comment