Friday, April 8, 2011

Salamfone Lancar Perkhidmatan Mudah Alih Di Malaysia

Salamfone Sdn Bhd, anak syarikat Reach Telecom Kuwait, kelmarin melancarkan perkhidmatan mudah alihnya yang berlandaskan Syariah, di Kuala Terengganu.

Dalam kenyataan kelmarin, syarikat itu berkata perkhidmatan mudah alih Salamfone akan beroperasi menggunakan sistem rangkaian Maxis dan tambah nilai boleh diperoleh di kedai 7-11, stesen Petronas, stesen Shell dan ATM RHB Bank, Bank Simpanan Nasional, CIMB dan Kuwait Finance House.

Ketua Pegawai Eksekutif Salamfone, Kamshul Kasim bekata empat pasaran awal utama pasaran perkhidmatan mudah alih ialah Kedah, Perlis, Terengganu dan Kelantan, memandangkan negeri ini mempunyai bilangan penduduk Islam yang ramai di Malaysia.

Berdasarkan pelancaran awal yang berlangsung pada 29 Mac di Terengganu, 2 April di Kelantan dan 4 April di Kedah, Kamshul berkata minat terhadap Salamfone sangat menggalakkan dengan pengedar membeli stok kad SIM.

Salamfone ialah operator rangkaian maya mudah alih pertama di dunia yang berlandasakan Syariah, menawarkan kelas baharu pekhidmatan mudah alih yang bertumpukan kandungan Islam.

No comments:

Post a Comment