
Perundingan terperinci dengan World Match Racing Tour (WMRT) dan International Sailing Federation (ISAF) memutuskan perlumbaan akhir musim yang bakal menobatkan juara dunia ISAF pada 29 November hingga 4 Disember .
Piala Monsu

"Selepas beberapa minggu perundingan, WMRT dan ISAF akhirnya mencapai kata sepakat menetapkan tarikh baru kami. Saya ingin mengucapkan terima kasih atas kerjasama dan kami akan bersama-sama dengan Kementerian Belia dan Sukan serta semua pihak penaja yang terlibat dan rakan media untuk memastikan Piala Monsun terus menjadi kejohanan yang berprestij dan diiktiraf sebagai kejohanan utama dunia, " kata Pengerusi T-Best, Tan Sri Sabbaruddin Chik (gambar kiri).
"Kami merasa tarikh terdahulu itu tidak sesuai bagi melaksanakan Piala Monsun kerana dibayangi oleh Sukan SEA ke-26.
Kami juga bertuah kerana `Langkawi International Maritime & Aerospace Exhibition’ (LIMA) yang biasanya diadakan pada minggu pertama bulan Disember pula akan diadakan pada minggu seterusnya bagi mengelak pertembungan dengan tarikh Piala Monsun. "
Tan Sri Sabbaruddin berkata, tarikh baru Piala Monsun amat sesuai dengan kejohanan Perth ISAF 2011 yang dijadualkan pada 3 hingga 18 Disember ini, sekaligus memberi peluang media asing membuat liputan bagi kedua-dua acara dunia itu.
Kejohanan Kapal Layar Piala Monsun merupakan siri kesembilan pelayaran profesional utama dalam World Match Racing Tour (WMRT) yang dijalankan di serata dunia.
No comments:
Post a Comment