Wednesday, April 20, 2011

UMT Meterai Perjanjian Perkhidmatan Bersama Telekom Malaysia

Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Telekom Malaysia (TM) telah memeterai Majlis Menandatangani Perjanjian Perkhidmatan Direct Over Metro-E (DOME) 120 Mbps bertempat di Menara Kuala Lumpur baru-baru ini.

Majlis perjanjian perkhidmatan DOME tersebut telah dihadiri oleh Naib Presiden, TM Retail, En. Hamdan bin Ismail, Pengurus Besar TM Terengganu, Haji Badrulhisham Bahari, Pegawai-pegawai kanan UMT dan Pengarah Pusat Teknologi Maklumat UMT, Prof. Madya Dr. Mohd Pouzi bin Hamzah.

Melalui perjanjian perkhidmatan tersebut, UMT akan menerima perkhidmatan internet di kelajuan 120 Mbps yang akan memudahkan lagi semua warga UMT melayari internet untuk kegunaan penyelidikan dan pembelajaran.

Perjanjian selama lima tahun ini berakhir pada tahun 2014 akan menyaksikan kerjasama di antara TM dan UMT dalam pelbagai bidang yang boleh memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak.

No comments:

Post a Comment