Wednesday, May 4, 2011

25,000 Pengusaha IKS Telah Daftar Dengan Agri-Bazaar

Sebanyak 25,000 pengusaha Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dari seluruh negara sudah mendaftar dengan Agri Bazaar dalam tempoh lapan hari sebaik sahaja dilancarkan pada 22 April lepas.

Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Mohd Hashim Abdullah berkata sebahagian besar mereka mengusahakan pelbagai makanan ringan termasuk kerepek ubi kayu di kampung-kampung.

"Terdapat dari kalangan mereka sudah memiliki sijil halal," katanya kepada pemberita pada majlis lawatan singkat untuk meninjau perkembangan seorang peserta IKS, Zainun Salleh di Kampung Panggong dekat Pasir Puteh, Sabtu lalu.

Mohd Hashim berkata kementerian berusaha membantu peserta memasarkan hasil pengeluaran di luar negara saperti China, Eropah, Korea, Jepun dan Dubai selain di pasar raya dalam negara.

Katanya sehubungan itu rantaian perniagaan saperti rakan kongsi perlu diwujud di negara-negara berkenaan bagi memudahkan kemasukan produk-produk yang dihasilkan oleh peserta IKS selain hubungan perdagangan antara kerajaan sesama kerajaan.

Bagaimanapun katanya setiap IKS dikehendaki mempunyai pangkalan data masing-masing bagi melicinkan proses pesanan dan penghantaran permintaan menerusi online.

Sementara itu Zainun berkata beliau berjaya memasarkan produknya antara 20,000 hingga 25,000 paket sebulan bernilai RM5,000 hingga RM6,000 kepada pemborong di Kelantan, Terengganu dan pasar raya di Lembah Klang.

Beliau berkata produk yang dihasilkan termasuk kerepek bilis, kerepek bawang, kerepek ubu kayu dan kerepek pedas yang mendapat permintaan tinggi di kalangan pengguna.

No comments:

Post a Comment