Saturday, May 28, 2011

Anugerah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu

Kakitangan Kementerian Kesihatan yang menjalankan tugasan mereka dengan cemerlang berpeluang untuk menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) tanpa mengikut pusingan atau giliran, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Hasan Abdul Rahman.

Beliau berkata mereka yang diberikan anugerah itu bukan sahaja daripada sudut kerja semata-mata, tetapi juga dilihat daripada amalan kehidupan yang sihat.

"Kita nilai kakitangan bukan pada tugas yang mereka jalankan saja, tetapi cara hdiup sihat yang mereka amalkan seperti tidak merokok dan lain-lain, sebagai contoh kepada orang ramai," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Jasamu Dikenang Jabatan Kesihatan negeri Terngganu di Kuala Terengganu yang turut dihadiri oleh Pengarah Kesihatan negeri Terengganu Dr Nordiyanah Hassan.

Pada majlis itu seramai 676 kakitangan Jabatan Kesihatan negeri Terengganu menerima APC, masing-masing menerima hadiah wang tunai RM1,000 manakala 134 orang kakitangan bersara menerima cenderahati berbentuk jam tangan.

No comments:

Post a Comment