
Setiausaha Kerajaan Terengganu, Datuk Mazlan Ngah berkata, mereka perlu mempunyai mindset untuk membawa perubahan serta membentuk agenda dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan.
“Rakyat merupakan pelanggan kepada perkhidmatan, lantaran itu kerajaan menaruh harapan tinggi kepada penjawat awam kerana rakyat memerlukan mereka yang boleh berfikir,” katanya ketika berucap di majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) peringkat negeri di Wisma Darul Iman kelmarin.

“Marilah kita sama-sama menanam azam yang bersungguh-sungguh untuk meletakkan kecemerlangan sebagai keutamaan dalam setiap usaha yang dilakukan,” katanya.
Katanya, sebarang cabaran atau isu yang dihadapi hendakah di atasi melalui kaedah berfikir dan bertindak secara kreatif dan inovatif.
Mazlan berkata, pemahaman yang jelas terhadap matlamat yang hendak dicapai sangat penting justeru itu semuanya perlu bertindak sebagai satu pasukan.
Oleh itu katanya, semua ketua jabatan dan penjawat awam hendaklah sentiasa komited dalam memberi sumbangan dan khidmat bakti kepada kerajaan dan pentadbir negeri.
Unit Komunikasi Negeri
No comments:
Post a Comment