"...satu dorongan kepada penjawat awam negeri agar menjadikan kecemerlangan sebagai satu budaya di dalam melaksanakan tugas seharian. - Datuk Seri Ahmad Said.
Pelan Strategik Agenda Merakyatkan Pentadbiran Dan Pembangunan Terengganu (PSAMPPT) akan menjadi petunjuk kepada penjawat awam bagi memahami kehendak kerajaan, merancang dan seterusnya melaksanakan usaha-usaha yang telah dipersetujui ke arah memajukan negeri yang dicintai.
“Ini adalah satu lagi usaha kita bagi memastikan setiap agenda yang ingin lakukan, dirancang serta dilaksana dengan lebih kemas dan sistematik,” kata Menteri Besar Datuk Seri Haji Ahmad Said.
Beliau berkata demikian pada majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Peringkat Negeri Terengganu dan Pelancaran Buku PSAMPPT di Wisma Darul Iman kelmarin.
Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Terengganu, Datuk Haji Mazlan Ngah; Pengarah Pejabat Tanah dan Galian (PTG), Tuan Mamat Tuan Ngah dan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.
Katanya, dengan adanya buku ini diharap penjawat awam serta semua agensi dapat bergerak dengan lebih pantas lagi didalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing.
Tambahnya, ini adalah satu lagi usaha kerajaan bagi memastikan setiap agenda yang ingin dilakukan, dirancang serta dilaksana dengan lebih kemas dan sistematik.
“Ianya akan terus menjadi satu dorongan kepada penjawat awam negeri agar menjadikan kecemerlangan sebagai satu budaya di dalam melaksanakan tugas seharian,” katanya.
Buku ini mempunyai 10 strategi utama yang di garap berlandaskan 8 nilai teras MPPT. Antaranya dana, pendidikan, ekonomi, kerja, pelancongan, ICT, cekap, prasarana, rumah dan nilai kehidupan.
Bagi setiap strategi, beberapa objektif telah dinyatakan secara khusus yang memberikan penjelasan terhadap keperluan dan kecaknaan kerajaan negeri terhadap rakyat.
Bagi memenuhi setiap objektif, beberapa tindakan serta pendekatan yang bersesuaian telah di susun mengikut keperluan dan keupayaan masa kini.
Pelan yang telah disediakan seharusnya menjadi panduan kepada pemimpin negeri untuk menjadi agensi di bawah kawalan mereka lebih dinamik dan terus menyumbang kepada kesejahteraan Rakyat Terengganu.
Unit Komunikasi Negeri
No comments:
Post a Comment