Friday, May 6, 2011

Lekaki Terbakar Mati Selepas Enam Hari

Seorang lelaki yang cedera ketika cuba mencuri logam termasuk aluminium dan tembaga dari pencawang milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Kampung Telaga Putat, Setiu, hampir seminggu lalu, mati di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) kelmarin.

Ini bermakna beliau meninggal selepas enam hari menerima rawatan akibat terkena renjatan elektrik dan jatuh dari pencawang berkenaan.

Lelaki berumur 36 dari Kampung Telaga Papan Penarik, Setiu dan tidak bekerja itu meninggal dunia kira-kira jam 3 pagi kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, kejadian dipercayai berlaku pada 27 April lalu apabila pengadu yang juga juruteknik TNB menerima aduan daripada pengguna di Kampung Telaga Papan, Setiu kira-kira jam 9.30 malam memaklumkan pencawang TNB Kampung Telaga Putat dipercayai diceroboh orang.

Menurutnya, juruteknik itu turut dimaklumkan mengenai bunyi letupan yang kuat di tempat kejadian sebelum bergegas untuk membuat siasatan.

No comments:

Post a Comment