Wednesday, May 4, 2011

PAS Marang Sasar 3 Kerusi - Yahya Ali

Pas Kawasan Marang bertekad menawan lima kerusi termasuk kerusi parlimen di kawasan itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.

Keadaan itu jelas menampakkan bahawa Pas turut menyasarkan dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi Barisan Nasional (BN) di kawasan itu, iaitu Alor Limbat dan Pengkalan Berangan dalam pilihan raya umum lalu.

Yang Dipertua Pas Kawasan Marang, Yahaya Ali berkata, tumpuan juga diberi kepada tiga kerusi yang dimenangi Pas iaitu dua kerusi DUN dan kerusi Parlimen bagi memastikan ketiga-tiganya terus dipertahankan.

“Dalam pilihan raya akan datang, insya-Allah kita dapat lima kerusi, kita pertahankan Parlimen, kita pertahankan DUN Bukit Payong, DUN Rhu Rendang dan kita dapat menawan balik tiga DUN (pada pilihan raya umum) akan datang,” katanya ketika berucap di Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Pas Kawasan Marang di Terengganu Equestrian Resort, Kuala Ibai.

Turut hadir, Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Harun Din; Ketua Pemuda Pas yang juga ADUN Bukit Payong, Mohd Nor Hamzah; Pengerusi DAP Terengganu, Ng Chai Heng dan Pengerusi Penaja Dewan Himpunan Penyokong Pas Terengganu, Dr B Chandran.

Pada majlis itu, Harun turut melancarkan kutipan Tabung Kompleks Dewan Pas kawasan Marang bernilai RM500,000 yang akan dibina di Madrasah Darul Iman, Kampung Kedai Buloh.

No comments:

Post a Comment