Umur baru setahun jagung, sudah pandai menipu dan paling menyedihkan, sudah pandai berjinak-jinak dengan dadah.
Itu pengakuan seorang pelajar yang terjebak dengan penyalahgunaan pil kuda.
“Walaupun baru tiga bulan mengambil pil kuda, tetapi saya tidak boleh berenggang dengannya dan kini, sudah menjadi rutin dalam hidup saya akan ‘pekena’ sebiji pil dalam masa dua hari,” pengakuan mengejutkan ini datangnya daripada seorang pelajar Tingkatan Lima sebuah sekolah menengah di daerah Kuala Nerus.
Menurut pelajar dari Kampung Banggol Binjai, Bukit Guntong, Tepoh itu, setiap kali giannya datang, dia sanggup menipu ibunya untuk mendapatkan wang dengan alasan ingin membeli buku rujukan atau membayar yuran kelas.
“Saya terpaksa menipu ibu kerana duit belanja sekolah yang diberikan setiap hari sememangnya tidak cukup untuk saya mendapatkan stok pil itu.
“Tetapi, kadang-kadang jika kerap sangat menipu dengan alasan sama, saya sanggup mengikat perut dengan tidak membelanjakan wang saku harian yang diberikan mak iaitu sebanyak RM10 sehari untuk membeli pil itu,” katanya.
Anak bongsu daripada tujuh beradik itu berkata, dia mula berjinak-jinak mengambil pil kuda setelah diperkenalkan rakan-rakan sebaya.
“Pada mulanya saya hanya menjadi pemerhati, tetapi setelah mencuba kali pertama, saya tidak boleh melupakannya dan seterusnya menyebabkan saya sentiasa akan mencarinya terutama apabila gian itu datang,” katanya.
Sinar Harian
No comments:
Post a Comment