Saturday, May 28, 2011

Penduduk Pulau Perhentian Dapat 3 Projek

Bergambar kenangan dengan Menteri Besar, selepas majlis makan malam dan penyampaian anugerah di Pulau Perhentian, malam kelmarin. - Gambar Haris Fadzillah.


Lawatan kerja sehari Menteri Besar ke Pulau Perhentian memberi makna yang besar kepada penduduk pulau ini apabila mereka mendapat tiga projek sekaligus, bagi menaik taraf hidup mereka.

Sempena lawatan itu, Menteri Besar mengumumkan kerajaan negeri bersetuju membina rumah pangsa empat tingkat mengandungi 150 unit bagi memberi kediaman lebih selesa kepada penduduk pulau ini,

Beliau berkata, kawasan tanah seluas lima setengah ekar sudah dikenal pasti bagi tujuan tersebut dan pembinaannya akan dilakukan secepat mungkin.

Ahmad Said turut meluluskan pembinaan sebuah gelanggang futsal berhampiran jeti ke Pulau Perhentian bagi kegunaan golongan belia bermain futsal.

“Saya juga meluluskan peruntukan RM300,000 bagi membolehkan bekalan air diambil dari kawasan air mata yang dikenali air berani oleh penduduk tempatan di pulau ini,” katanya.


Unit Komunikasi Negeri

No comments:

Post a Comment