Thursday, May 5, 2011

Penghuni Taman Sri Kolam Desak PBT Atasi Segera Masalah Sampah

Lebih 100 penghuni Taman Sri Kolam di Kuala Terengganu memohon pihak berkuasa tempatan (PBT) menyelesaikan segera masalah sampah yang tidak dikutip sejak beberapa minggu lalu.

Tinjauan Bernama ke kawasan itu mendapati longgokan sampah bertimbun yang menyebabkan penghuni terpaksa menghidu bau busuk saban hari.

Rata-rata penghuni yang ditemui melahirkan rasa kecewa dan tidak puas hati dengan perkhidmatan penyelenggaraan sampah-sarap itu kerana ia tidak dikutip mengikut jadual sehingga menimbulkan bau busuk dan kurang selesa terhadap penghuni.

Keadaan menjadi semakin parah apabila beberapa saluran paip bocor menyebabkan air membasahi sampah yang menyebabkannya berulat.

Wakil penduduk, Sabihah Alias, 28, berkata masalah sampah yang tidak dikutip mengikut jadual itu bukan masalah baru, malah ia semakin meruncing apabila cuti umum.

"Kita sudah buat beberapa aduan kepada pihak yang berkenaan tapi masih tiada tindakan diambil. Saya harap sangat perkara ini dapat diselesaikan segera kerana ia bukan sahaja membabitkan bau busuk tetapi juga faktor kesihatan kerana bimbang ia menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes," katanya semalam.

Seorang daripada penghuni taman itu, Siti Hajar Mohd Johar, 19, berkata sampah yang bertaburan di atas jalan dan sekitar tempat sampah juga tidak dibersihkan.

"Ia mengganggu kehidupan seharian kami. Jadi, saya berharap perkara ini tidak dibiarkan berlarutan," kata pelajar di sebuah institusi di bandar raya

No comments:

Post a Comment