Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak meluangkan masa bersarapan dengan seorang warga emas di sebuah gerai di Pasar Batu Enam, Kuala Terengganu.
Lawatan Perdana Menteri ke Pasar Batu Enam di Manir dekat Kuala Terengganu, mengulangi sejarah lama apabila bapanya, Allahyarham Tun Abdul Razak, Perdana Menteri kedua pernah melawat kawasan itu pada tahun 1966.
Datuk Seri Najib Tun Razak yang tiba pukul 9 pagi, meluangkan masa beramah mesra dengan peniaga di pasar itu selain bersarapan bersama penduduk.
Beliau diiringi Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Bangunan baru pasar yang terletak berhampiran bulatan Batu Enam, kira-kira 10 kilometer dari pusat bandar raya Kuala Terengganu itu dipenuhi kira-kira 10,000 penduduk yang tidak mahu melepaskan peluang untuk bertemu Perdana Menteri.
Najib kemudiannya menziarahi beberapa penduduk di Kampung Pengkalan Arang dengan dimulai keluarga Lua Peng Ching, 58 , yang mempunyai dua anak kurang upaya, Chee En, 22 dan adiknya, Chee Hao, 18, yang mengalami Sindrom Down.
Najib turut menziarahi warga emas Chik Mamat, 85, dan Puteh Yaacob, 79, di rumah masing-masing dan membaiki rumah penduduk miskin Aminah Abdullah, 65.
Beliau seterusnya melawat tapak pasar baru Bukit Tunggal sebelum melawat Klinik Masyarakat Yusof Awang Hitam di Kampung Pulau Bahagia yang menyediakan khidmat rawatan percuma, dibuka sejak tahun 2009.
Rombongan perdana menteri kemudiannya ke Kampung Pulau Bahagia, untuk menghadiri majlis jamuan rakyat yang dihadiri lebih 20,000 penduduk.

Tak ramai pun, dengar kabor sampai 20,000 ishh....
ReplyDelete