Monday, May 16, 2011

Retak Kepala Kena Rempuh Mat Rempit di Kampung Seberang Baruh

Tak bagi can...Lebih 300 penunggang motosikal diarah menolak motosikal mereka sejauh 15 kilometer bermula dari Jalan Gelugor ke Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri di Jalan Penang, Georgetown awal pagi semalam. Mereka ditahan selepas terbabit dalam perlumbaan haram dalam operasi besar-besaran oleh anggota trafik Pulau Pinang bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Alam Sekitar yang dijalankan pada 12 tengah malam sehingga 9 pagi semalam.

Seorang mat rempit yang cuba meloloskan diri daripada sekatan polis merempuh budak lelaki yang sedang menunggang basikal di Kuala Terengganu,kelmarin.

Ahmad Fakri Azni, 11, patah tulang belakang, retak tempurung kepala dan menerima tujuh jahitan selepas menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu.


Dalam kejadian jam 6.30 petang itu, Ahmad Fakri, murid Sekolah Kebangsaan Pusat Cabang Tiga, dirempuh motosikal ditunggang remaja berusia 18 tahun yang tidak mempunyai lesen motosikal dari Kampung Tok Imam Lapar, Kuala Telemong, Hulu Terengganu.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah Kuala Terengganu, Asisten Superintendan Khazahari Che Amat, berkata remaja itu yang mendaftar sebagai anggota RELA sejak dua tahun lalu menunggang motosikal dengan melawan arus bagi mengelak sekatan polis di Simpang Empat Tok Ku, di sini.

“Tindakannya yang cuba melarikan diri menyebabkan kenderaan itu hilang kawalan lalu terbabas dan merempuh mangsa yang bermain basikal di situ. Rempuhan itu menyebabkan mangsa melambung dan tercampak sejauh 10 meter, manakala remaja itu berjaya ditahan orang awam yang berada di situ.

Kazahari berkata, siasatan awal mendapati remaja berkenaan tercicir pelajaran sejak Tingkatan Tiga dan dikenakan tindakan saman atas empat kesalahan lalu lintas iaitu menunggang motosikal tanpa lesen, memandu melawan arus, melanggar lampu isyarat dan cuba mengelak pemeriksaan polis.

“Selain dikenakan saman, kes ini turut disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (JPJ) 1987 kerana memandu secara merbahaya sehingga menyebabkan kemalangan dan kecederaan parah, yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang RM4,000 dan tidak lebih RM10,000 serta boleh juga dipenjara tidak lebih 12 bulan,” katanya.

Sementara itu, bapa mangsa, Azni Arif, 44, berkata, beliau kesal dengan kejadian itu dan bimbang pelajaran anaknya terjejas akibat kemalangan itu.


Berita Harian

No comments:

Post a Comment