Pengarah RISDA negeri, Zakaria Mat Zin berkata, kejayaan itu adalah hasil daripada Kampung Teknologi yang diwujudkan Risda bagi mengembang dan memindahkan teknologi ke arah peningkatan produktiviti kebun serta diamalkan oleh pekebun kecil.
"Sasaran itu merupakan peningkatan lebih 140 kilogram berbanding tahun lalu dengan melibatkan 48,241 hektar yang diusahakan oleh 19,536 orang peserta di seluruh negeri, " katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di Kuala Terengganu, kelmarin.
Tambahnya, RISDA telah mewujudkan enam Kampung Teknologi di seluruh negeri iaitu Kampung La di Daerah Besut, Kampung Hulu Seladang (Setiu), Kampung Teris (Hulu Terengganu), Kampung Banggol Katong (Marang), Kampung Tok Kah (Dungun) dan Kampung Perasing Jaya (Kemaman).
Dengan kos pembinaan RM5,000 bagi setiap kampung katanya, 25 jenis teknologi berkaitan tanaman getah diperkenalkan bagi memberi peluang kepada mereka untuk mendapat input berguna dari pusat itu.
Melalui pusat itu juga katanya, pekebun kecil telah didedah dan dibimbing bagi memastikan mereka dapat mengamalkan teknologi yang bersesuaian dengan jenis tanah, umur dan baka tanaman mereka.
No comments:
Post a Comment