Monday, May 9, 2011

Rujuk DBP Sebelum Pohon Lesen Iklan

Para pengiklan perlu merujuk kepada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) terlebih dahulu sebelum memohon lesen memasang iklan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Ketua Pengarah DBP, Datuk Termuzi Abdul Aziz berkata, menerusi peraturan itu yang dilaksanakan sejak tahun lepas di bawah undang-undang kecil iklan PBT, DBP akan melihat dari segi penggunaan bahasa dan visual pada iklan berkenaan terlebih dahulu dan apabila diluluskan, barulah mereka boleh memohon lesen daripada PBT sebelum iklan boleh dipasang.

Beliau berkata, jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan denda, penalti atau penjara mengikut undang-undang kecil PBT berkenaan.

"Ramai pengiklan yang telah memohon dan mulai tahun ini kami ada portal yang disediakan dalam laman web www.dbp.gov.my untuk memudahkan mereka (pengiklan) mengakses perkhidmatan yang disediakan,” katanya di Kuala Lumpur, semalam.

No comments:

Post a Comment