Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Z
"Pihak bank tidak meluluskan pinjaman perumahan kepada golongan ini kerana mereka tidak mempunyai sumber pendapatan yang tetap pada setiap bulan dan tidak mempunyai penyata akaun yang menyakinkan pihak bank untuk membuktikan mereka memperolehi pendapatan RM1,000 pada setiap bulan bagi tempoh setahun.
"Golongan ini kebanyakannya berniaga sendiri seperti penjaja dan peniaga makanan, sekiranya skim ini mendapat persetujuan kerajaan kelak, ia akan memudahkan mereka untuk memiliki sebuah rumah kelak," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Parti Progresif Penduduk (PPP) Wilayah Persekutuan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur.
"Bagi warga emas pula, mereka telah menetap di Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melebihi 10 tahun selepas berpindah dari kawasan penempatan setinggan maka sudah semestinya mereka tidak mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh untuk membayar pinjaman perumahan," kata Raja Nong Chik.
Katanya skim itu berbeza berbanding pinjaman perumahan yang disediakan bank kerana ia akan lebih fleksibel dengan mengambil kira kedudukan kewangan, pekerjaan dan usia mereka.
Bagaimanapun, ia masih di peringkat kajian dan cadangan skim pinjaman perumahan itu akan dibentangkan ke kabinet untuk mendapat kelulusan pada masa yang terdekat ini, katanya.
Skim itu boleh menggunakan konsep yang digunakan oleh Singapura menerusi skim perumahan rakyat yang diuruskan oleh Lembaga Pembangunan dan Perumahan yang membantu rakyatnya membeli daripada menyewa sebuah rumah kos rendah, katanya.
No comments:
Post a Comment