Pemain Terengganu, Abdul Hadi Yahya (kanan) mengasak penjaga gol Pahang, Mohd Rosfaizol Anuar Ali, di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam tadi. – Berita Harian
Penyu sah garang malam malam semalam. T-Team pula tidak gentar dengan sorakan Stadium Sultan Mohamad ke IV.
Tahniah untuk kedua-sua pasukan!
Turun dengan matlamat mengatasi kelebihan jaringan pendahulu sebelumnya - Kelantan - Terengganu membuka jaringan pada minit ke-14 menerusi Ashaari Samsuddin sebelum Abd Hadi Yahya mencatat hatrik pada minit ke-20, 53, 56 dan Manaf Mamat (m-71) melengkapkan kemenangan barisan Irfan Bakti Abu Salim.
Terengganu sewajarnya layak untuk menduduki takhta liga dan pencabar utama Liga Super apabila menewaskan Pahang 5-0 pada ketika T-Team berjaya mengalahkan Kelantan dengan 2-1 di Stadium Sultan Mohamad ke IV malam semalam.
Selangor terus dirundung malang apabila Red Giant rebah di Stadium Shah Alam kepada Harimau Muda A dengan 1-2.
Dengan kejayaan T-Team itu Kelantan kini ketinggalan 3 mata dan juga ketinggalan dari segi jaringan gol berbanding Terengganu, iaitu sebanyak tiga gol. Terengganu sekali gus berupaya berada di puncak Liga Super dengan 47 mata.
Malam penuh bermakna kepada dua pasukan dari Terengganu ini dan pastinya langkah Terengganu dan T-Team akan bertambah maju dan memberikan keyakinan untuk kedua-duanya melangkah lebih jauh.
Yang pasti, teraju Liga Super bertukar tangan lagi selepas keputusan semalam dan kali ini giliran Terengganu pula menjadi pendahulu dengan penuh bergaya .
Kejayaan Terengganu mendaki puncak liga dibantu kekalahan pendahulu sebelum ini, Kelantan iaitu 1-2 kepada T-Team di Stadium Sultan Muhammed V, Kota Bharu.
Pada perlawanan tersebut, T-Team mendahului hasil jaringan Mohd. Badrul Izani minit ke-46, namun Kelantan menyamakan kedudukan menerusi Nurul Azwan Roya pada minit ke-86.
Indra Putra Mahayuddin muncul wira T-Team apabila menjaringkan gol kemenangan pasukannya pada minit ke-97.
Penjaga gol Selangor, Mohd. Iqbal Mohd. Suhimi terjatuh akibat diasak pemain Harimau Muda A, Izzaq Faris Ramlan pada perlawanan Liga Super di Stadium Shah Alam, semalam. - Utusan
Selangor yang dilanda kemerosotan prestasi apabila mencatat kekalahan ketiga berturut-turut, kali ini kepada 1-2 kepada Harimau Muda A di Stadium Stadium Shah Alam.
Gol Harimau Muda A dijaringkan Izzaq Faris Ramlan (m-41) dan gol kedua oleh Syahrul Azwari (m-61) manakala gol Selangor oleh Safiq Rahim (m-64).
Malang terus membelenggu Perlis apabila mencatat kekalahan keempat berturut-turut kali ini kepada Perak 1-2 di Stadium Utama Negeri.
Perlis mendahului menerusi jaringan Tengku Mohd. Adam pada minit ke-48.
Namun Perak bangkit dengan dua gol pada babak kedua hasil jaringan Mohd. Shazuan Ashraf Mathews (m-64) dan Akmal Rizal Rakhli (m-84).
Di Stadium Likas, jaringan Sharul Azhar Ture, memberikan Sabah tiga mata penuh apabila mengalahkan Felda United 2-1.
Felda United mendahului pasukan tuan rumah menerusi Md. Hasmarul Fadzir pada minit ke-31 dan Zainizam Marjan menyamakan kedudukan pada minit ke-58, sebelum jaringan kemenangan Shahrul pada minit ke-62.
No comments:
Post a Comment