Saturday, May 28, 2011

200 belia dijangka sertai KBT 4 Hari

Lebih 200 belia dijangka menyertai konvoi bermotosikal sempena Program Kembara Belia Terengganu (KBT) 2011 selama empat hari bermula 15 Jun ini.

Program edisi kedua itu adalah anjuran bersama kerajaan negeri, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun serta penaja utama iaitu syarikat UMW Pennzoil Distributor Sdn. Bhd.

Pegawai Pemasaran UMW Pennzoil, Nor Idura Ali Baharudin berkata di sini hari ini, konvoi itu akan bermula di pekarangan Dewan Aspirasi UiTM sebelum ke Kemaman, Kuala Berang, Besut sehinggalah ke destinasi terakhir iaitu Kuala Terengganu.

No comments:

Post a Comment