TMGI yang mampu memperkenalkan Terengganu sebagai destinasi golf terkemuka di serata dunia itu berlangsung selama lima hari, bermula 3 hingga 7 Jun di Kuala Terengganu Golf Resort, Tok Jembal.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Datuk Rahin Mohd Said, berkata seramai 144 peserta bakal menyertai kejohanan kali ke enam, termasuk peserta tempatan seramai 88 orang, peserta luar negara (35 orang) dan amatur pula 20 orang.
Katanya, Hilmi Abdul Rahman, Airil Rizman dan R. Nachimuthu antara peserta tempatan yang bakal memberi persaingan hebat. Manakala dari luar negara pula Unho Park dan Chaiput Darapanich.
“Kerajaan negeri berusaha menjadikan TMGI sebagai acara tahunan yang berprestij dan terkenal di kalangan peminat golf tempatan dan luar negara.
“Pendekatan ini secara tidak langsung dapat menarik minat pelbagai pihak menganjurkan lebih banyak acara seupama ini,” katanya.
Menurutnya, setiap peserta yang mengunjungi Terengganu bukan sahaja mampu memperkenalkan pelbagai destinasi menarik seperti pantai dan pulau malah mampu membantu peniaga mempromosi produk masing-masing.
Antara negara yang menghantar penyertaan adalah Australia, Jepun, Thailand, Taiwan, Brunei dan Korea.
Unit Komunikasi Negeri
No comments:
Post a Comment