Penalti Abdul Hadi menyumbangkan gol pertama Terengganu bagi menewaskan T-Team di Kuala Terengganu semalam dengan 3-2. Gambar Harith Fadzilah.
Kelantan paling lega daripada keputusan perlawanan Liga Super malam semalam, sementara Selangor dan Terengganu turut menunggu peluang untuk menjadi juara Liga Super musim ini.
Saingan tiga penjuru antara Kelantan, Selangor dan Terengganu kini sengit selepas penyudahan keputusan, malam tadi yang menyaksikan ketiga-ketiga pasukan berkenaan merakamkan kemenangan penting.
Di Stadium Ismail Nasiruddin Shah, Terengganu yang masih segar dengan kejuaraan Piala FA langsung tidak mendapat bantuan daripada kelab senegeri, T-Team apabila dipaksa berhempas pulas untuk mencatat kemenangan 3-2.
Dengan keputusan itu, skuad Penyu kini masih berada di tangga ketiga liga iaitu mengumpul 50 mata, tiga mata di belakang Kelantan dan satu mata di belakang Selangor.
Hanya kekalahan Kelantan dan Selangor pada perlawanan terakhir 6 Julai akan menentukan siapa juara Liga Super.
Abdul Hadi Yahya membuka jaringan Terengganu menerusi penalti di minit ke-59, namun T-Team menyamakan kedudukan 1-1 dua minit kemudian menerusi Shamsul Kamal Mohamad. Indra Putra Mahayuddin mengejutkan skuad Penyu apabila meletakkan T-Team mendahului 2-1 pada minit ke-73.
Fahmi Izzudin Zuki dan Abdul Manaf Mamat menghidupkan harapan Terengganu untuk menghambat kejuaraan liga dengan menambah dua gol, masing-masing pada minit ke-74 dan 86.
Apapun, wajah ketua jurulatih The Red Warriors, Datuk M Karathu terpancar ceria melihat anak didik menang 1-0 ke atas Perak di Stadium Sultan Mohamad Ke-IV apabila berkata: “Apa yang penting kami mendapat tiga mata berharga malam ini.”
Satu ketika mahkota kejuaraan tampak milik mutlak Kelantan ketika Selangor dan Terengganu seperti mahu seri sebelum menang. Anak didik K Devan menewaskan Felda United 2-1 manakala Terengganu mengatasi T-Team 3-2.
Yang pasti, persaingan merebut gelaran Liga Super semakin panas apabila kejuaraan hanya akan ditentukan pada hari terakhir liga, 6 Julai ini dan Kelantan dengan pungutan mata lebih daripada Terengganu dan Selangor bangkit daripada kekecewaan dalam final Piala FAmenunjukkan kebangkitan di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu apabila menundukkan Perak 1-0.
Semalam, bintang penyerang Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha muncul wira pasukannya dengan menjaringkan gol tunggal kemenangan pada minit ke-53, sekali gus menebus kekecewaan gagal menyempurnakan sepakan penalti pada babak pertama.
Skuad Red Warriors memegang kelebihan dua mata ke atas Selangor dan tiga mata meninggalkan Terengganu ketika baki satu perlawanan. Anak buah Datuk M. Karathu bakal menjulang trofi andai menumpaskan Sabah di Kota Kinabalu dalam perlawanan terakhir.
Norshahrul sebelum itu berpeluang membuka jaringan pada minit ke-24 apabila Kelantan dihadiahkan sepakan penalti, tetapi tendangannya dapat dibaca Nasril Nourdin.
Kelantan yang tampak agak lesu selepas kekecewaan terlepas kejuaraan Piala FA kepada Terengganu Sabtu lalu, menguasai perlawanan sebaik sepak mula dengan beberapa percubaan tepat dihasilkan sepanjang babak pertama, tetapi gagal menjelmakan jaringan.
Gol tunggal Norshahrul kekal hingga tamat permainan untuk mengekalkan Kelantan di persada liga buat menyalakan impian memburu mahkota kejuaraan buat julung kali dalam sejarah mereka.
Penyandang juara, Selangor belum menyerah kalah dengan terus menghambat pendahulu selepas menang tipis 2-1 di Stadium Shah Alam.
Pemain tengah kebangsaan, Mohd. Syafiq Rahim muncul penyelamat Merah Kuning apabila menjaringkan gol kemenangan menerusi penalti pada minit ke-74, selepas dia dijatuhkan oleh Muhammad Juzaili Samion.
Terdahulu, tonggak pertahanan, P. Gunalan membuka jaringan Selangor pada minit ke-23 selepas melepaskan rembatan kencang dari luar kotak penalti menewaskan penjaga gol Mohd. Hamsani Ahmad, namun Mohd. Azrul Ahmad mengejutkan tuan rumah dengan gol penyamaan di minit ke-68.
Di JOHOR BAHARU, Johor FC tidak mensia-siakan peluang terakhirnya bermain di gelanggang sendiri apabila turut menang tipis 2-1 ke atas Pahang pada perlawanan di Stadium JCorp, Pasir Gudang.
Dua jaringan tuan rumah masing-masing dijaringkan oleh Mohd Khairul Ismail pada minit ke-24 dan Mohd Rashid Aya (min-84) sementara gol tunggal skuad Tok Gajah disumbat oleh Azamuddin Mohd Akil (min-58).
Di ALOR SETAR, Kedah terikat seri 1-1 dengan Negeri Sembilan pada perlawanan di Stadium Darul Aman.
Kedah terlebih dahulu di hadapan apabila menjaringkan gol pembukaan oleh Badrol Bakhtiar pada minit ke-73. Namun harapan Kedah terpaksa berkubur apabila pemainnya sendiri, Shahril Faizal menjaringkan gol sendiri pada minit ke-81.
Di KANGAR, jaringan Razlan Oto pada minit ke-27 membolehkan Sabah mengutip tiga mata penuh apabila menang 1-0 ke atas pasukan tercorot liga, Perlis pada aksi di Stadium Utama Negeri.
PENJAGA gol Perak, Md Nazril Nouridin (kanan) menghalang cubaan pemain Kelantan, Mohd Badri Radzi dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Mohamad Ke IV, malam tadi.
No comments:
Post a Comment